Tonton Video, Poster dan Pendedahan Eksklusif Star Wars Celebration 2016!

325

Written by:

AnimasiDan Lain-LainFilemGamingKomikSemasaTV

Ia datang lagi untuk peminat, penggemar, pengikut dan fanatik Star Wars seluruh dunia!

Demi meraikan Europe Star Wars Celebration 2016, LucasFilm telah mendedahkan sebuah poster eksklusif yang menghadirkan watak-watak dalam Rogue One: A Star Wars Story dan Star Wars: The Force Awakens bersama dengan pengumuman pelancaran siri web terbaharu berjudul The Star Wars Show.

Dalam video sulung rancangan tersebut, dijelaskan beberapa nama-nama Stormtrooper dan jentera perang Empire yang bakal muncul dalam Rogue One: A Star Wars Story:

celebration

at-act-rogue-one

shoretrooper-rogue-one

death-trooper-rogue-one

star-wars-celebration-poster

Acara tahunan Star Wars Celebration 2016 yang kali ini diadakan di  ExCeL London Exhibition Centre akan bermula 15 Julai, 2016. Ia merupakan satu apresiasi dari LucasFilm bagi para peminat dan fanatik francais Star Wars. Selama tiga hari berturut-turut, hadirin akan alami berbagai aktiviti dan acara menarik seperti cosplay, pameran prop dan kostum, produk-produk eksklusif serta kemunculan beberapa selebriti terkenal yang pernah dan akan muncul dalam mana-mana filem Star wars.

Star Wars Rogue One: A Star Wars Story akan berada di pawagam seluruh dunia pada 16 Disember, 2016, manakala Star Wars: Episode VIII pada 15 Disember, 2017.

Last modified: May 26, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *