Putaran Plot Besar dalam Captain America: Steve Rogers #1!

338

Written by:

Akhir-akhir ini, nampaknya nama besar dalam industri komik dunia seperti DC dan Marvel tampak amat gemar menukar staus quo watak kegemaran mereka baik menerusi komik ataupun filem.

 

*

*

*

*

*

AMARAN AWAL : Lanjut daripada perenggan ini mengandungi laporan berunsur ‘spoiler’ dan akan mendedahkan isi kandungan komik dalam isu terbaru Captain America: Steve Rogers #1

*

*

*

*

*

 

Terbaru yang telah menjadi ‘mangsa’ kepada inisiatif ini adalah Captain America yang baharu sahaja didedahkan sebagai seorang Agen Hydra semenjak dari zaman kanak-kanaknya lagi!

Malah lebih menggemparkan, beliau telah bertanggungjawab atas pembunuhan watak Jack Flag demi membuktikan taat setianya yang padu kepada organisasi pengganas tersebut dalam isu terbaru Captain America: Steve Rogers #1 yang telah berada di pasaran hari ini!

s-l1600 (14)

captain-america-jack-flag

Walaupun ramai yang telah meramalkan bahawa ini mungkin penyamar model sebenar atau LMD (Life Model Decoy) dan klon, namun ia telah disahkan sendiri oleh penulisnya Nick Spencer bahawa beliau merupakan Steve Rogers yang sebenar. Malah status quo ini bakal menjadi halatuju baharu untuk Captain America di masa-masa yang akan datang.

Mengapakah mereka sanggup memperlakukan yang sedemikian kepada watak kegemaran Marvel ini?

Menurut Tom Brevoort selaku Editor Eksekutif Marvel:

“His mission is to further the goals and beliefs of Hydra. If that involves taking down the Marvel universe, sure. (But) it may not be as simple as that. It’s not like he’s exchanged his white hat for a black hat — it’s a green hat. We knew it would be like slapping people in the face. The idea of Captain America means something very primal and very strong to the people of this nation, and they have a very visceral reaction when you get to something like that. You want people to feel and react to your story. So far, so good.”

Mendedahkan Steve Rogers/Captain America sebagai agen perisik untuk Hydra merupakan satu langkah yang membingungkan dan mengelirukan ramai peminat-peminat komik. Sama ada ia mendapat sambutan atau dikritik teruk, hanya masa yang bakal menentukan. Apapun yang berlaku, dunia Marvel yang kini berlangsung tanpa Fantastic Four, kematian Cyclops dan Peter Parker berubah menjadi multi-bilionair setaraf Tony Stark — mungkin bukan lagi satu kejutan besar.

CA_SR_1_panel_2

Seperti biasa, kami mahukan pendapat dan ulasan tentang putaran plot terkini ini daripada anda. Sila komen dalam ruangan di bawah.

Last modified: May 26, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *