‘Chewbacca Mask Mom’ Gegar Seantero Dunia!

381

Written by:

Apabila Candance Payne atau lebih dikenali kini sebagai ‘Chewbacca Mask Mom’ duduk di dalam keretanya minggu lalu dan mula merakamkan video serta mengenakan topeng elektronik bersuara Chewbacca, beliau dengan tidak sengajanya telah mencipta sejarah tersendiri.

Bukan sahaja di Facebook Live sebagai video teratas paling ramai tontonan (TERKINI: 142,963,357 tontonan dan 3,230,689 perkongsian!), malah telah memecah rekod dalam genre video ‘unboxing’ produk dalam mana-mana rekod tontonan dalam kategori tersebut!

Sebelum bercerita panjang, apa kata kita sama-sama tonton video yang diperkatakan itu di sini dahulu:

Video milik Candance Payne bermula sepertimana kebanyakan video viral bermula. Beliau bercerita tentang pengalaman membeli-belah dan kemudiannya amat teruja untuk berkongsi kepada penonton mengenai apa yang baharu sahaja dibelinya. Namun beberapa detik selepas itu, beliau seakan-akan ‘dipukau’, ‘terpukau’ dan ‘memukau’!

Platform, persembahan dan penerimaan vlog beliau telah memberikan impak besar kepada seluruh genre video viral menerusi beberapa aspek.

Pada peringkat permulaan, video beliau viral secara mendadak kepada orang ramai dan pengguna media sosial. Ini jarang berlaku untuk kebanyakan video ‘unboxing’ yang paling maksimum akan mendapat beberapa juta tontonan sahaja. Namun, terima kasih kepada komuniti vlogger yang semakin meluas – rekod ini amat unik dan menjadi hit viral dalam masa kurang beberapa hari sahaja.

Mereka bukan sekadar menonton, ‘like’ dan ‘share’ video beliau tanpa putus-putus sehingga ke hari ini kerana keunikan isi kandungannya, malah telah mula mendapat jemputan untuk muncul di beberapa rancangan talk show popular di sana seperti The Late Late Show with James Corden dan The Ellen DeGeneres Show.

Pertama: Rekod yang dimiliki oleh Candance Payne ini ternyata unik dan belum pernah dicapai oleh mana-mana individu dalam dunia sosial media. Malah beliau kini mempunyai data sendiri dalam Wikipedia di bawah ‘Chewbacca Mask Lady’ kerana keterujaan melampau yang ditunjukkan menerusi videonya itu.

Kedua: Video Candance Payne sebenarnya telah menggerakkan jualan serta enjin pemasaran produk dan masih berjalan sehingga ke saat ini. Menurut sumber pasaraya besar Kohl’s semalam (tempat di mana beliau membeli topeng tersebut), produk ‘Star Wars: Episode VII The Force Awakens Chewbacca Electronic Mask’ telah laris dijual dan serta-merta kehabisan stok di seluruh cawangannya serata Amerika Syarikat semenjak video itu viral. Ini termasuk juga di pasaraya-pasaraya saingannya iaitu Target dan Walmart.

star-wars-candace-full

Ketiga: Siapa tidak suka kepada gimik tidak terancang dan keikhlasan bergembira serta berseronok yang datang secara semulajadi apabila dapat memiliki sesuatu yang diinginkan tanpa apa-apa syarat? Itu yang wujud dalam diri Candance Payne. Rezeki ke udara bersama James Corden, J.J Abams, Ellen DeGeneres dan ramai lagi. Rezeki mendapat produk dan permainan percuma dari Kohl’s dan penaja-penaja lain.

Rezeki beliau sebagai ‘Chewbacca Mask Mom’!

p/s : Mana tahu. Mungkin Melissa McCarthy boleh berlakon sebagai Candance Payne kelak kerana wajah dan suara mereka saling tidak tumpah dan sama serupa pula.

Last modified: May 25, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *