Matthew McConaughey dan Scarlett Johansson Bakal Berduet dalam Sing!

1095

Written by:

Setelah sekian lama mendengar khabar angin tentang pembikinan projek filem animasi ini sejak tahun lalu, pihak Illumination Entertainment akhirnya dengan secara rasmi telah melancarkan treler rasmi untuk Sing.

7amyaf5nokqk_full

Selain menampilkan ramai barisan pelakon-pelakon suara terkenal, treler filem ini juga menghidangkan banyak lagu-lagu popular yang sudah tidak asing lagi buat halwa telinga kita. Daya tarikan serta konsep cerita baharu yang dibawa oleh Sing jelas unik dan tersendiri untuk mengundang para penonton filem menikmatinya.

Tonton treler sulung Sing di bawah ini:

Film animasi komedi terbaharu yang dibintangi oleh Matthew McConaughey (Wolf of Wall Street, Interstellar) ini diterbitkan oleh Universal Pictures dan Illumination Entertainment yang juga turut dibintangi oleh Rees Withespoon (Legally Blonde, Cruel Intentions), Seth Macfarlane (Ted, Family Guy), Scarlett Johansson (Captain America: Civil War, Lucy), John C. Relly (Wreck-It-Ralph, Guardians of the Galaxy), Taron Egerton (Kingsman: The Secret Service, Legend) dan ramai lagi.

Sing berlegar sekitar dunia yang sepenuhnya dihuni oleh haiwan, persis seperti Zootopia (2016). Buster Moon merupakan seekor koala yang hampir putus asa disebabkan masalah kewangan yang melanda teater kesayangan miliknya. Untuk mengembalikan kejayaan dan meneruskan perniagaannya, Buster mengadakan sebuah pertandingan menyanyi yang dilabel terhebat dunia sehingga membuatkan para peserta percaya bahawa ini adalah peluang terbaik untuk mengubah nasib dan takdir hidup mereka buat selamanya.

sing0007

Filem  ini nanti khabarnya akan memperdengarkan 85 lagu popular sebagai soundtrack dan merupakan studio animasi yang sama menerbitkan filem-filem hebat seperti Despicable Me 1 & 2, The Lorax, Minions dan The Secret Life of Pets.

Sing akan ditayangkan di pawagam seluruh dunia pada 21 Disember, 2016.

Last modified: May 24, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *