Treler Terbaru Star Trek Beyond Menyaksikan Kehancuran Enterprise!

428

Written by:

FilemSemasaTV

Star Trek Beyond muncul dengan treler terbaharu dan banyak menghadirkan adegan-adegan luarbiasa lagi dramatik!

Justin-Lin-and-his-two-mysterious-cameos

Salah satu adegan yang paling mendebarkan dalam treler terbaru ini adalah apabila pesawat angkasa Enterprise diserang oleh sekumpulan armada makhluk asing yang buas dan ganas. Selain itu, ia juga lebih banyak memaparkan pelbagai aksi yang memukau. Namun, masih belum kelihatan kelibat Joe Taslim yang sahkan akan muncul dalam filem arahan Justin Lin (Space Jam 2, True Detectives) ini.

Joe Taslim yang diiktiraf pakar dalam seni mempertahankan diri seperti Pencak Silat, Wushu, Judo, Taekwondo dan Shotokan serta pernah berlakon dalam filem-filem pecah panggung seperti The Raid: Redemption dan Fast & Furious 6 dilaporkan akan memegang watak penjahat dan orang kanan kepada Krall lakonan Idris Elba (Thor, Pacific Rim).

Selain treler di atas, pihak Paramount Pictures juga mendedahkan dua buah poster rasmi daripada filem ini. Sebuah poster memiliki sentuhan klasik yang mengembalikan nostalgia awal permulaan francais ini. Manakala sebuah poster gaya minimalis moden yang memaparkan pesawat angkasa Enterprise sedang terbang tinggi membelah awan.

startrekbeyondposter2

startrekbeyondposter (1)

Star Trek Beyond akan berada di pawagam seluruh dunia pada 22 Julai, 2016.

 

Last modified: May 23, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *