Mungkinkah Ini Judul Rasmi untuk Star Wars: Episode VIII?

299

Written by:

Kebocoran sebuah video yang viral secara online berkemungkinan besar telah mendedahkan judul rasmi untuk Star Wars: Episode VIII!

Ianya merupakan sebuah video promosi untuk sambutan acara Star Wars Celebrations yang akan berlangsung pada 15 hingga 17 Julai ini di ExCeL London Exhibition Centre, England.

SWCE-2016-header-1200x480

Seperti yang dapat dilihat dengan jelas di sini, filem tersebut yang sedang dalam proses penggambaran dan di bawah arahan Rian Johnson (Looper, Breaking Bad) serta merupakan sekuel kepada Star Wars: The Force Awakens akan diberi nama:

Star Wars: Fall Of The Resistance.

Ada kemungkinan laporan ini adalah palsu dan juga tie-in kepada projek-projek Star Wars yang seperti permainan video atau figura aksi. Namun, ianya masih terbuka kepada sebarang teori dan spekulasi. Malah nama yang tertera di atas ini juga tampak relevan dan seiring dengan nama-nama yang efektif dan berimpak seperti The Empire Strikes Back atau Attack of the Clones.

Mungki juga menjurus kepada plot yang lebih serius dan lebih dramatik.

Apa pula pendapat anda?

Star Wars: Episode VIII akan berada di pawagam seluruh dunia pada 15 Disember, 2017.

Last modified: May 23, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *