Blade, Moon Knight dan Ghost Rider Dilapor akan Muncul di Netflix!

352

Written by:

FilemSemasaTV

Menurut sebuah sumber berita yang baru diterima; Blade, Ghost Rider dan Moon Knight bakal hadir dalam siri televisyen sendiri di Netflix tidak lama lagi.

Walaupun tiada sebarang pengumuman rasmi atau maklumat terperinci tentang berita ini, kita setidak-tidaknya dapat membuat spekulasi tentang laporan tersebut. Dilihat satu-persatu, Blade akan memberikan impak yang besar kepada Marvel and Netflix sekiranya dapat dilaksanakan dengan baik kerana mempunyai latarbelakang sebagai adiwira jalanan sepertimana Daredevil, Jessica Jones dan Luke Cage.

3791654-blade_orange_01_1033

Malahan, Blade juga pernah meraih sukses tersendiri dengan trilogi filem yang diterajui Wesley Snipes di bawah arahan nama-nama besar seperti Stephen Norrington, Guillermo del Toro dan David S. Goyer.

Moon Knight yang dikatakan berpotensi besar untuk dimajukan dapat menjana lebih banyak tontonan dengan tema baharu yang belum pernah diterokai oleh Marvel Television sebelum ini.

s-l1600 (10)

Ghost Rider akan menjadi pilihan yang paling mencabar dan pernah muncul dalam dua buah filem sebelum ini (2007, 2011) biarpun tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan. Tambahan pula, ia bakal menjadi produksi televisyen paling berat efek khas untuk Marvel dan Netflix dan kemungkinan besar juga yang paling gori.

Ghost_Rider_2

Last modified: May 19, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *