Reboot Siri TV MacGyver Hadir dengan Treler Rasmi!

1135

Written by:

SemasaTV

MacGyver kembali.

Siapakah pengganti beliau? Ini pembayangnya: Ramai yang telah mengenali beliau sebagai Havoc dalam francais X-Men yang terbaru. Jawapannya: Lucas Till.

1200

CBS telah memberikan nafas baharu kepada siri televisyen popular tersebut yang pernah bersiaran selama tujuh musim dari tahun 1985 hingga 1992. Dibintangi oleh Richard Dean Anderson, ia memberikan impak yang sangat besar kepada peminat dan penonton yang membesar pada tahun 80an kerana kebolehan dan kemahiran beliau yang menggunakan barang-barang harian dan panduan sains untuk melepaskan diri dari ancaman serta bahaya.

Mari kita tonton treler rasminya di bawah ini dan nilai perbezaan dan persamaannya:

Manakala ini pula sinopsis penuh yang diberikan oleh CBS:

A secret agent unlike any other, MacGyver escapes perilous situations with nothing but a paper clip, his trusty knife and his wit. A dynamic reimagining of the hit TV series, this action packed origin story follows a young hero as he undertakes missions to save lives and change the world. 

macgyver-richard-dean-anderson-photo

Richard Dean Anderson. Pelakon asal siri televisyen ‘MacGyver’ yang pernah popular selama tujuh musim berturut-turut dari tahun 1985 hingga 1992.

MacGyver akan bersiaran setiap hari Jumaat menjelang Ogos 2016.

Last modified: May 19, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *