Treler Teaser Siri TV Star Trek Terbaru Terdedah!

260

Written by:

FilemSemasaTV

Star Trek bakal muncul dengan siri televisyen terbaru menjelang Januari 2017.

Ia adalah susulan kepada filem ketiga (versi reboot) berjudul Star Trek Beyond arahan Justin Lin (Fast Five, Fast & Furious 6) yang bakal ditayangkan 21 Julai tahun ini. Produksi terbaru tentang penjelajahan angkasa lepas ini akan dihasilkan oleh CBS Television Studios.

Perkembangan terbaru ini turut dilancarkan dengan logo terbaru yang lebih moden dan dinamik. Akan tetapi, pihak CBS tidak memberikan maklumat lebih lanjut selain logo terbaru tersebut termasuk barisan pelakon yang akan membintanginya dan pendedahan rekabentuk kapal angkasa Enterprise.

Namun, satu perkara yang sudah diketahui adalah siri televisyen ini akan memulakan proses produksi dan penggambarannya pada bulan Oktober kelak di Pinewood Toronto Studios, Kanada. Bryan Fuller, individu yang bertanggungjawab menjayakan siri televisyen Hannibal dan Pushing Daisies akan menjadi penerbit kepada siri televisyen Star Trek terbaru ini.

Star Trek verssi kali ini masih mengisahkan pengembaraan dan penjelajahan angkasa lepas yang belum diterokai oleh manusia dan akan memperkenalkan watak-watak baharu dengan latar belakang aksi-drama. Tema penjelajahan angkasa lepas ini merupakan sebuah tema yang sudah menjadi tema utama sejak diperkenalkan pada tahun 1966 lagi. Kisah francais Star Trek ini akan mengambil masa sebelum era Star Trek: The Next Generation (1987-1994) yang pernah dibintangi oleh Patrick Stewart.

Alex Kurtzman serta Roberto Orci selaku penerbit eksekutif dan penulis skrip untuk filem Star Trek (2009) dan Star Trek Into Darkness (2013) bersama dengan Damon Lindelof akan menjadi penerbit siri televisyen terbaru ini.

Screen Shot 2016-05-19 at 10.43.17 AM

Francais Star Trek bakal menyambut ulangtahunnya ke-50 pada tahun ini dan merupakan salah satu francais televisyen dan filem yang paling popular dan terbukti berjaya. Ia dicipta oleh Gene Roddenberry dan pertama kal ditayangkan pada tanggal 8 September, 1966.

rek50

Last modified: May 19, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *