Josh Duhamel Kembali dalam Transformers: The Last Knight!

361

Written by:

Baru sehari Paramount Pictures mengumumkan judul rasmi untuk Transformers 5 iaitu Transformers: The Last Knight.

Dan pada hari ini pula, mereka telah mengumumkan pelakon yang terlibat dalam trilogi awal francais tersebut iaitu Josh Duhamel akan kembali. Beliau sah akan mengulangi peranannya sebagai Leftenan Kolonel William Lennox seperti sebelum ini.

Hingga kini belum ada maklumat lebih lengkap tentang bagaimana keterlibatan beliau dalam saga kelima filem tersebut. Tapi pengumuman ini menguatkan lagi hubungan antara keseluruhan francais yang bakal mewujudkan sebuah semesta (universe) baharu buat seluruh Autobot dan Deception.

Transformers: The Last Knight akan berada di pawagam seluruh dunia pada 23 Jun, 2017

Last modified: May 18, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *