Zack Snyder dan Aquaman Berfoto. Kita Pula Ternampak…

318

Written by:

AnimasiDan Lain-LainFilemKomikSemasaTV

Pengarah Zack Snyder telah berkongsi foto menerusi akaun Twitter yang berlatarbelakangkan studio prop filem Justice League. Foto ini diambil bersama dengan Jason Momoa iaitu pelakon yang bakal membintangi watak Aquaman menerusi penampilan pertamanya dalam Batman v Superman: Dawn of Justice bulan hadapan. Ia juga memberikan kita semua paparan awal secara eksklusif beberapa kostum yang bakal dikenakan untuk pasukan superhero ikonik milik DC Comics ini.

Cb2xyv5VIAEosno

Untuk itu, mari kita sama-sama lihat apa yang ada di dalam foto di atas: Topeng muka Batman, figura misteri dengan separuh muka dilitup, kostum baju hitam yang berkemungkinan besar adalah versi kostum terbaru Batman, kostum versi formal untuk Aquaman, lakaran konsep untu watak Mera iaitu isteri kepada Aquaman dan kostum The Flash. Ada teori yang mengatakan kostum hitam itu juga berkemungkinan adalah versi beta untuk kostum Green Lantern yang belum lagi diwarnakan!

Apa pendapat anda pula?

Justice League: Part One akan memulakan penggambaran pada 11 April ini dan akan ditayangkan pada 17 November, 2017 dan Justice League: Part Two pada 14 Jun, 2019.

Last modified: February 23, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *