Duo Lethal Weapon Kembali menerusi Siri TV Terbaru!

409

Written by:

FilemSemasaTV

Sebuah treler terbaru daripada adaptasi filem aksi buddy cop era 1980an, Lethal Weapon telah dilancarkan oleh pihak Fox TV.

Lethal Weapon adalah siri televisyen terbaru dari Fox TV yang dibintangi oleh Clyne Crawford sebagai Detektif Martin Riggs. Beliau akan bergabung dengan Jordana Brewster dan juga Damon Wayans Sr. yang akan memegang peranan sebagai Roger Murtaugh. Manakala Jordana Brewster akan beraksi sebagai seorang anggota jururunding khas LAPD yang merangkap sebagai psikologi polis.

Lethal-Weapon-FOX

Di sini, kita dapat lihat berbagai aksi ‘gila’ dari Martin Riggs yang selalu mengheret rakan setugasnya Roger Murtough dalam pelbagai situasi yang tidak dijangka. Dimulai dengan awal perkenalan yang kemudiannya berlanjutan ke beberapa rangkaian cabaran dan aksi-aksi yang luarbiasa. Penampilan pelakon jelita yang terlibat dalam francais Fast and Furious, Jordana Brewster juga dapat kita tonton dalam treler di bawah ini:

Pengarah filem asalnya, Richard Donner (Superman, The Goonies) dan penulis skrip filem pertamanya  Shane Black telah mengesahkan bahawa mereka tidak akan terlibat dalam produksi ini. Namun demikian, mereka telah memberikan restu untuk usaha revival ini.

Untuk makluman, Lethal Weapon adalah sebuah francais film buddy cop yang pernah dibintangi oleh Mel Gibson dan Danny Glover dan telah difilemkan sebanyak 4 kali. Film pertama ditayangkan pada 1987, kemudian menyusul Lethal Weapon 2 (1989)Lethal Weapon 3 (1992) dan Lethal Weapon 4 (1998).

Last modified: May 17, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *