Optimus Prime Kembali ke Bumi dalam Transformers 5!

635

Written by:

Kesinambungan seterusnya dalam francais filem Transformers hari ini telah mempunyai judul rasmi.

Nama yang dipilih adalah Transformers: The Last Knight.

Walau bagaimanapun, masih tiada maklumat atau plot telah didedahkan. Namun daripada judul yang diberikan itu, adalah selamat kita membuat andaian ia adalah berdasarkan dan berpandukan kepada watak utamanya, Optimus Prime. Yang mana sebelum ini telah kita ketahui penah menjadi ahli kepada sekumpulan pahlawan dan legenda yang dikenali sebagai Knights of Cybertron.

Nampaknya situasi akan menjadi lebih menarik apabila Optimus Prime kembali ke bumi setelah kali terakhir dilihat meninggalkan bumi dan menuju ke angkasa lepas untuk bertemu Penciptanya (Creators).

vlcsnap-2014-02-02-21h26m55s199

Mark Wahlberg akan kembali memegang watak Cade Yeager menerusi Transformers: Age Of Extinction sebelum ini dan akan dibarisi oleh pelakon baharu Isabela Moner (Growing Up Fisher) sebagai Izabella di samping Jerrod Carmichael (Neighbors 2: Sorority Rising), Art Marcum (Iron Man) dan Matt Holloway (Iron Man). Filem in masih diarahkan oleh Michael Bay dan skrip pula ditulis oleh Ken Nolan (Black Hawk Down). Produksi penggambaran akan bermula 6 Jun ini di bandaraya Detroit, Michigan.

Sila lihat pengumuman nama rasmi filem tersebut melalui akaun rasmi Instagram mereka di bawah:

Calling all #Autobots: Optimus Prime is ready for battle. Are you? #transformers

A video posted by Transformers (@transformersmovie) on

Transformers: The Last Knight akan berada di pawagam seluruh dunia pada 23 Jun, 2017

Last modified: May 17, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *