Komisioner Gordon, Punisher dan Batman Berentap dalam The Accountant!

266

Written by:

Pelakon handalan dan pemenang Anugerah Oscar, Ben Affleck kembali dengan filem terbarunya yang berjudul The Accountant.

Bersandarkan genre drama, beliau yang baharu tampil sebagai watak Bruce Wayne/Batman dalam Batman v Superman: Dawn of Justice akan memegang peranan sebagai seorang pakar matematik cerdas tahap genius tetapi sentiasa dihadapkan dengan pelbagai risiko dan bahaya. Sila tonton treler di bawah yang baru didedahkan oleh pihak Warner Bros. ini:

The Accountant mengisahkan tentang Christian Wolff (Ben Affleck) yang sedang diawasi oleh US Treasury Department’s Crime Enforcement Division yang diketuai oleh Ray King (J.K. Simmons). Ia diawasi oleh King karena Wolff secara tidak langsung bekerja untuk salah satu organisasi jenayah yang berbahaya. Wolff cukup pintar untuk mencuri jutaan Dollar US daripada jaringan narkotik Mexico dan mampu untuk keluar secara hidup-hidup.

Selain Ben Affleck dan J.K. Simmons, film The Accountant turut menampilkan Anna Kendrick sebagai Dana, Alison Wright sebagai Justine, John Lithgow sebagai Lamar Black, Jeffrey Tambor sebagai Francis Silverberg, dan Cynthia Addai-Robinson sebagai Marybeth Medina. Ia diarahkan oleh Gavin O’Connor dan skrip ditulis oleh Bill Dubuque.

accountant

Seperti yang kita ketahui, Ben Affleck kini jelas sangat sibuk dengan berbagai projek-projek filem lain. Setelah muncul dalam film Batman v Superman: Dawn of Justice arahan Zack Snyder dengan lakonan serta penampilannya yang memukau, beliau akan terus dengan penggambaran filem Live by Night. Selanjutnya, beliau bakal mengarahkan film reboot Batman yang dibintangi oleh dirinya sendiri. Selain The Accountant dan Batman v Superman: Dawn of Justice, tahun ini Ben Affleck juga akan muncul dalam film Suicide Squad bersama Jared Leto, Will Smith, dan Margot Robbie.

The Accountant akan berada di pawagam seluruh dunia pada 14 Oktober, 2016.

Last modified: May 16, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *