Klip Terbaru The Conjuring 2 Ini Bakal Meremangkan Tubuh Anda!

991

Written by:

Kisah The Conjuring 2 adalah sebuah cerita yang diangkat dari sebuah kisah benar sama seperti yang film pertamanya dan masih diarahkan oleh pengarah asal Malaysia, James Wan (Furious 7, Aquaman).

Patrick wilson dan Vera Farmiga kembali berperanan sebagai pasangan penyiasat paranormal yang cuba untuk menyelesaikan kes-kes misteri dan mistik. Kedua-dua pelakon ini mempunyai reputasi yang cukup cemerlang sebelum ini dengan berbagai pengalaman yang mendebarkan, termasuk pengalaman Amityville.

Ya, fokus utama dalam The Conjuring 2 akan berpusat pada kes yang pernah dilabel “The Enfield Poltergeist Case(1977-1979).

New Line Cinema telah mendedahkan sebuah klip semi dokumentari yang memberi tumpuan pada individu-individu yang terlibat dalam peristiwa Enfield Poltergeist seperti  Lorraine Warren, Margareth Hodgson dan Janet Hodgson. Mereka semua menceritakan betapa terkesannya kejadian tersebut dalam hidup mereka.  Menurut mereka, keluarga Hodgson mengalami kejadian mistik yang luarbiasa hampir setiap hari. Bahkan rakaman suara asli ketika Janet masih muda yang dilaporkan pernah dirasuki oleh ‘syaitan’ dapat kita dengarkan dalam klip ini:

The Conjuring 2 akan berada di pawagam seluruh dunia pada 9 Jun, 2016.

Last modified: May 16, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *