Supergirl Yang Dulu Kembali Bertemu Supergirl Yang Baru

749

Written by:

Laura Vandervoort yang pernah melakonkan watak Kara Zor-El/Supergirl dalam siri TV popular Smallville (2001-2011) suatu masa dulu akan kembali dalam siri TV Supergirl! Kali ini bukan lagi sebagai Supergirl. Tetapi musuh kepada Supergirl yang bernama Indigo.

laura-vandervoort-supergirl

“I know everything.”

Siapakah Indigo. Menurut sumber, Indigo digambarkan sebagai “satu entiti supercomputer yang mempunyai ciri-ciri manusia luarbiasa dengan keupayaan tinggi melakukan sebarang misi dan berasal dari planet Krypton. Kini, Indigo telah tiba di bumi dengan misi untuk memusnahkannya”

supergirl-01x15-d0113b-171421

supergirl-01x15-d0720bc-171424

Beliau akan muncul dalam Episod 15, Musim 1 yang diberi judul Solidtude pada minggu hadapan. Dan untuk pertama kalinya juga berdasarkan nama judul tersebut, Kara/Supergirl dan teman karibnya Jimmy Olsen akan menjejakkan kaki ke rumah agam rahsia yang terkenal iaitu Fortress of Solitude.

Adakah mereka akhirnya akan ketemu Clark Kent/Superman juga di situ kelak?

 

 

Last modified: February 25, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *