Kabali Elak Bergasak dengan Sultan menjelang Hari Raya

900

Written by:

Filem terbaru lakonan bintang filem popular Tamil, Rajinikanth berjudul Kabali bakal ditayangkan pada 1 Julai, 2016 yang kebetulan jatuh seminggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Keputusan untuk menayangkan filem ini sebelum Hari Raya Aidilfitri sebenarnya adalah bagi mengelak pertembungan tarikh tayangan dengan filem seorang lagi bintang Bollywood iaitu Salman Khan yang berjudul Sultan. Filem beliau akan ditayangkan pada 6 Julai, 2o16.

Filem tersebut yang bakal menampilkan pelakon Malaysia seperti Rosyam Nor dan Norman Hakim dikhabarkan juga pada peringkat asalnya akan ditayangkan pada bulan Jun dan akhirnya kini dipinda pada awal Julai 2016.

Malah, studio penerbitan yang pernah popular dengan filem Sivaji dan Ethiran itu telah merancang tayangan pada 7 Julai, 2016 tetapi telah mengawalkannya seminggu untuk mengelak pertembungan di pawagam dengan filem Sultan lakonan Salman Khan.

Diarahkan olej Pa. Ranjith, Kabali menceritakan tentang kisah hidup seorang gangster yang amat berpengaruh daripada zaman awal kesusahan sehingga ke puncak kejayaan dan bergelar jutawan.

 

Last modified: May 13, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *