Penulis Jurassic World dan King Kong untuk Pacific Rim 2!

315

Written by:

Perkembangan sekuel Pacific Rim yang selama ini tertunda, kini telah menampakkan perkembangannya kembali.

Menurut laporan The Hollywood Reporter, pihak Legendary Pictures telah menetapkan Derek Connolly sebagai penulis skrip lakon layar Pacific Rim 2. Beliau merupakan penulis skrip filem blockbuster tahun lalu, Jurassic World. Connolly juga sedang sibuk dengan penghasilan jalan cerita skrip Jurassic World 2 dan sebelum itu baharu selesai menulis skrip untuk Kong: Skull Island.

Pacific Rim 2 sempat dijadualkan untuk tayangan 7 April, 2017. Namun, kemudian ditolak ke 4 Ogos, 2017. Dan akhirnya filem ini ditarik dari kalendar tayangan Universal Pictures sebelum laporan berita ini diumukan.

del-toro-pacific-rim

Awal hari ini penerbit dan pengarah siri televisyen Daredevil, Steven S DeKnight  telah diberi kuasa oleh Guillermo del Toro untuk mengarahkan sekuel dari Pacific Rim 2. Beliau juga yang merupakan pencetus kepada siri televisyen Spartacus akan membuat penampilan sulung pengarah filem setelah aktif menerbitkan siri-siri televisyen popular. Terdahulu, del Toro juga pernah mengumumkan perkara tersebut melalui akun twitter peribadinya:

Filem Pacific Rim yang ditayangkan pada 2013 menceritakan kisah ketika bumi didatangi raksasa-raksasa gergasi dan aneh yang muncul dari dasar lautan Pasifik. Kaiju berasal dari bahasa Jepun yang bermaksud raksasa. oleh kerana itu, semua negara-negara seluruh dunia telah bersatu dengan membina robot ukuran raksasa supaya dapat melawan Kaiju. Robot-robot ini diberi nama Jaeger yang bermaksud pemburu dalam Bahasa Jerman.

Last modified: May 13, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *