Filem Crossover Deadpool/X-Men Bakal Berlaku?

310

Written by:

Crossover dalam dunia komik dan filem Hollywood kini sudah semakin menjadi trend.

Bahkan crossover yang langsung tidak perdah difikirkan oleh kita juga sedang diusahakan. Seperti pertemuan dua francais seperti Jump Street dengan Men in BlackKing Kong dengan Godzilla dan lain-lain lagi. Kita sudah pernah melihat pertemuan antara dua ikon filem seram dalam Freddy vs Jason. Dan kemudiannya pertemuan antara Alien vs Predator.

Sekarang seiring dengan perkembangan film bertemakan superhero dan adaptasi komik, kaedah crossover ini juga semakin mendapat perhatian. Satu khabar angin terbaharu yang berhembus adalah pengarah  X-Men: Apocalypse, Bryan Singer berkemungkinan akan mempertemukan Deadpool dengan X-Men.

ANXMEN2012016-int-LR-5-de3f0

Beliau mendedahkan kenyataan tersebut dalam sebuah wawancara namun tetap merasakan projek tersebut harus dilakukan dengan berhati-hati kerana terdapat banyak perbezaan di antara sejarah dan latar belakang Deadpool dan X-Men. Konsep dan tema dalam mana-mana filem X-Men dibuat dengann serius sedangkan filem Deadpool sangat menitikberatkan unsur komedi dan saduran humor. Menurut kata Bryan Singer lagi:

“If you take a character as irreverent and meta as Deadpool and connect him to something as grounded and serious as X-Men, you have to do it carefully and gently. When you drop them all in together it can be a disaster. That has to be done delicately, but there’s plenty of room to do it.”

tumblr_nwkp59IzOH1qcakmpo1_1280

Last modified: May 12, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *