Treler Penuh Voltron: Legendary Defender Kini Sedia Ditonton!

338

Written by:

Rasanya tidak perlu  kami tanyakan lagi sama ada anda masih kenal Voltron atau tidak. Ya, ia adalah siri kartun era 1980an mengenai sekumpulan angkasawan yang terbang menaiki robot singa yang boleh bergabung menjadi satu robot besar itu.

Dan seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini juga, Netflix telah bergabung dengan Netflix Animation untuk sebuah projek animasi serba baharu berjudul Voltron: Legendary Defender dan akhirnya kini kita semua dapat tonton treler penuh dengan nama-nama pelakon suara dan watak yang yang mereka pegang:

• Puteri Allura – Kimberly Brooks (Ben 10: Omniverse, Justice League: War)

• Coran, Ketua Penasihat kepada Puteri Allura – Rhys Darby (What We Do in the Shadows, Flight of the Conchords)

• Shiro, Jurupandu Black Lion – Josh Keaton (Green Lantern: The Animated Series, Transformers Prime)

• Hunk, Jurupandu Yellow Lion – Tyler Labine (Reaper, Tucker & Dale vs. Evil)

• Lance, Jurupandu Blue Lion – Jeremy Shada (Finn in Adventure Time, Batman: The Brave and the Bold)

• Pidge, Jurupandu Green Lion – Bex Taylor-Klaus (Arrow, Scream: The Series, iZombie)

• Keith, Jurupandu Red Lion – Steven Yeun (The Walking Dead, The Legend of Korra)

Sebanyak 13 Episod (Durasi: 22 minit) Voltron: Legendary Defender akan mula ditayangkan di Netflix pada 10 Jun, 2016.

Last modified: May 11, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *