Godzilla 2 Tertunda, Godzilla vs King Kong Dapat Tarikh Tayangan!

385

Written by:

Jadual tayangan untuk filem Godzilla 2 yang sebelum ini akan hadir pada 8 Jun, 2018 telah dianjakkan oleh pihak  Legendary Pictures bersama dengan Warner Bros.

Tarikh tayangan baharu yang ditetapkan untuk filem tersebut kini berubah pada 22 Mac, 2019. Manakala pertembungan dua Raja Raksasa dalam Godzilla vs King Kong juga telah mendapatkan jadual tayangan rasminya iaitu pada 29 Mei, 2020. King Kong dan Godzilla akan bertemu dalam sebuah film yang akan diterbitkan bersama oleh Legendary Pictures dan Warner Bros.

Untuk Godzilla 2 pula, belum ada informasi yang diberikan oleh pihak studio mengenai plot dan jalan cerita filemnya selain sutradara filemnya yang pertama, Gareth Edwards akan kembali untuk mengarahkan sekuelnya. Kehadiran beberapa raksasa yang menjadi musuh klasik Godzilla seperti Rodan, Mothra dan King Ghidorah juga dikhabarkan mewarnai sekuel ini.

10383748_791532944210445_4786479653807695227_o

Last modified: May 11, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *