Pengarah Russo Bersaudara Bakal Terbit dengan Filem Superhero China!

322

Written by:

Joe dan Anthony Russo, dua beradik serta sutradara untuk filem Captain America: Civil War hari ini telah mendedahkan projek terbaharu mereka.

Dalam laporan Deadline, semasa mempromosi filem Marvel tersebut telah memberikan maklumat eksklusif mengenai projek filem superhero China yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Mereka menjelaskan bahawa studio Anthem milik mereka yang terletak di China akan berkolaborasi dengan Beijing FangJin Visual Media Culture Communication Co. untuk membuat film bergenre action sci-fi berjudul The Hero’s Awakening. Pengarah yang akan menangani filem ini adalah Feng Mushui, yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Demon Warrior terbitan Jiekang Xiaoyao Film. Beliau akan menghasilkan filem ini bersama Anthony Leonardi yang pernah terkenal dengan Game of Thrones, The Jungle Book, dan Water for Elephants.

Joe Russo yang telah menandatangi perjanjian untuk produksi filem ini berharap dapat membawa kisah negara da budaya China ke pawagam. Ia juga akan mempunyai jalan cerita dan dialog berbahasa Mandarin 100% dengan budget US$30 juta.

captian-china-collage

Last modified: May 11, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *