Tom Hardy Akan Muncul dalam Star Wars: Episode VIII?

252

Written by:

Ada satu khabar angin sedang bertiup kencang kini tentang keterlibatan Tom Hardy (The Revenant, Mad Max) dalam francais Star Wars.

Menurut laporan yang disampaikan oleh portal berita Making Star Wars, beliau diberitakan akan muncul dalam pembikinan film Star Wars: Episode VIII arahan Rian Johnson (Looper, Breaking Bad). Kemungkinan besar beliau hanya akan muncul sebagai cameo atau hanya mendapatkan sebuah peranan kecil tetapi penting.

Terdapat laporan juga yang mengemukakan beberapa teori mengenai watak yang akan dipegang oleh Hardy. Diantaranya adalah sebagai Stormtrooper yang jelas mengikuti jejak Daniel Craig dalam Star Wars: The Force Awakens. Laporan lain pula mengatakan beliau akan berperanan sebagai sahabat Finn yang berlatih bersama sebagai Stormtrooper. Namun, yang membuat khabar angin ini perlu dipertimbangkan adalah lokasi penggambaran  Star Wars: Episode VIII yang dilakukan di London iaitu sama dengan lokasi tempat tinggal Hardy selama ini.

Selain itu, beliau juga sedang melakukan proses persiapan untuk filem Dunkirk yang lokasinya tidak jauh dari Pinewood Studios.

star-wars-john-boyegas-finn-in-stormtrooper-action

Star Wars: Episode VIII akan berada di pawagam seluruh dunia pada 14 Disember, 2017.

Last modified: May 11, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *