Stan Lee Pilih Captain America atau Iron Man?

489

Written by:

Stan Lee merupakan seorang legenda dalam dunia komik yang telah menjadi pencipta/penulis/pelukis kepada banyak watak-watak di dalam dan di luar dunia Marvel.

Selain itu, beliau juga kerap tampil sebagai cameo dalam hampir semua filem-filem di bawah naungan Marvel Studios. Bahkan beliau juga pernah muncul dalam filem animasi Big Hero 6 (2014) keluaran Disney yang juga memiliki Marvel Entertainment.

Baru-baru ini semasa kempen promosi Captain America: Civil War, Stan Lee muncul dalam sebuah klip pendek bersama dengan Robert Downey Jr. dan Chris Evans. Mereka sedang berdebat mengenai siapakah yang paling berjasa dalam membangunkan Marvel Cinematic Universe (MCU). Dan kebetulan pula pada ketika itu Stan Lee lalu di hadapan merka dan mereka menanyakan kepadanya untuk memilih Team Cap atau Team Iron Man.

Sila tonton klip berikut untuk mengetahui apakah jawapan Bapa Marvel Comics itu:

Captain America: Civil War sedang ditayangkan di pawagam seluruh dunia sekarang.

Last modified: May 8, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *