Akibat Suka ‘Prank’ Orang, Captain America Akhirnya Terkena!

314

Written by:

Chris Evans amat dikenali sebagai bintang Hollywood yang kerap kali suka mengusik (prank) teman-teman karibnya dengan kejutan di luar jangkaan.

Antara mangsa teraju utama Captain America itu adalah Scarlett Johansson dan yang terbaru, Elizabeth Olsen. Akan tetapi kali ini Chris Evans telah ‘terkena’ serta merasakan sendiri pengalaman penangan kejutan tersebut.

Dalam episod talk show bersama Ellen DeGeneres baru-baru ini, Chris Evans bersama dengan Elizabeth Olsen yang memegang watak Scarlet Witch telah dikejutkan oleh seseorang yang bersembunyi di bawah meja dan berpakaian seperti Iron Man. Mereka hadir untuk mempromosikan filem Captain America: Civil War.

Last modified: May 5, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *