Ucapan Selamat Hari Star Wars daripada Rey di Set Lokasi Episod VIII!

342

Written by:

Pada 4 Mei setiap tahun, para pengikut dan peminat Star Wars akan maraikan Hari Star Wars atau Star Wars Day.

Dengan ucapan “May the fourth be with you”, sebuah ungkapan lazim bagi para penggemar saga klasik francais pengembaraan angkasa lepas ini. Bertepatan juga dengan Star Wars Day ini, Daisy Ridley atau lebih dikenali denan nama Rey dalam filem Star Wars: The Force Awakens telah memberikan ucapan istimewa kepada para peminat-peminat di seluruh dunia melalui sebuah video khas di bawah ini:

Dalam video ini juga, kita dapat lihat makhluk-makhluk asing baharu yang dijangka akan muncul dalam Episod VIII yang bakal hadir pada hujung tahun hadapan. Plot serta sinopsis filem tersebut masih belum tersedia dan dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Star Wars: Episode VIII akan berada di pawagam seluruh dunia pada 15 Disember, 2017

Last modified: May 4, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *