Mads Mikkelsen ‘Kantoi’ Terlepas Rahsia Rogue One!

398

Written by:

Identiti untuk beberapa watak dalam Rogue One: A Star Wars Story masih menjadi misteri dan tanda tanya hingga kini.

Namun, ada satu watak besar dalam filem tersebut telah terdedah secara tidak sengaja.

Mads Mikkelsen (Casino Royale, Clash of the Titans) telah diajukan soalan bertubi-tubi mengenai watak dan peranannya dalam filem kedua-dua filem Doctor Strange dan Rogue One dalam satu sesi wawancara bersama Sky News. Disebabkan itu, beliau dengan secara tidak sengaja telah mendedahkan peranannya secara langsung dalam filem prekuel Star Wars tersebut termasuk maklumat penting tentang watak tersebut!

.

.

.

.

.

AMARAN AWAL: Entri ini ada KANDUNGAN SPOILER.

Sila baca dan maju dengan risiko sendiri. 

.

.

.

.

.

“I read the script. It was very beautiful and Felicity’s playing this lovely, strong woman [and] I play her father, and… uhh, that’s too much, I’m sorry!”

Harap-harap Mads Mikkelsen tahu apakah risiko yang bakal ditanggungnya andai pengakuan beliau itu benar. Kerana ini jelas merupakan sebuah SPOILER BESAR!

Cuba fikirkan sejenak: Treler rasmi yang dipertontonkan kepada kita sebelum ini telah menggambarkan Jyn Erso sebagai seorang yang bersendiran tanpa keluarga. Maka besar kemungkinan kisah beliau dan ayahnya, Galen Erso (Ya. Nama bapa Jyn Erso adalah Galen Erso dan Mads Mikkelsen juga harus dipertanggungjawabkan atas pendedahan tersebut dalam satu wawancara lain sebelum ini) akan dikembangkan dalam filem tersebut kelak.

Apakah kata dan teori anda pula?

Rogue One: A Star Wars Story akan berada di pawagam seluruh dunia pada 15 Disember, 2016.

Last modified: April 29, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *