Pengarah Rian Johnson Kongsi Foto Set Star Wars VIII!

295

Written by:

Filem sambungan Star Wars: The Force Awakens yang masih belum berjudul itu dilaporkan sudah melepasi separuh daripada tempoh produksi prinsipal.

Dan sebagai penanda aras kepada perkembangan tersebut, pengarah Rian Johnson (Breaking Bad, Looper) telah mendedahkan dua foto eksklusif hitam putih dari set penggambaran filem Star Wars yang kelapan di dalam laman Tumblr beliau:

tumblr_o6d01201Lk1qzsjdko2_1280

sw1

Ia menampakkan sebuah pesawat X-Wing milik juruterbang Resistance dan satu lagi memperlihatkan seorang pegawai turus First Order yang mengenakan seragam iras kepada pegawai-pegawai dalam Angkatan Imperial dalam trilogi asal (1977-1983). Kapsyen foto-foto di atas digambarkan begini oleh Rian Johnson:

“Good. Bad. I’m the guy with the microfiber sham.” I can’t believe we’re halfway through the shoot. (We’re halfway through the shoot!)

Star Wars: Episode VIII akan berada di pawagam seluruh dunia pada 15 Disember, 2017.

Last modified: April 29, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *