Tonton Thor sebagai Setiausaha Baharu Ghostbuster!

708

Written by:

Adakah anda salah seorang daripada mereka yang masih lagi skeptikal serta ragu-ragu dengan filem Ghostbuster baharu tahun ini?

Tenang. Mungkin dengan kemunculan Chris Hemsworth (Thor, Avengers) sebagai watak sokongan dapat meredakan keresahan anda itu. Filem arahan Paul Feig ini dilanda sedikit kontroversi apabila membuat keputusan menukarkan jantina empat teraju asal daripada lelaki ke wanita. Ianya member fokus kepada Patty Tolan (Leslie Jones), Abby Yates (Melissa McCarthy), Erin Gilbert (Kristen Wiig) dan Jillian Holtzmann (Kate McKinnon).

Manakala Chris Hemsworth akan berperanan sebagai setiausaha mereka di samping Neil Casey sebagai watak penjahat utama.

Ghostbusters versi baharu ini akan berada di pawagam seluruh dunia pada 21 Jun, 2016.

Last modified: April 27, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *