Danger Mouse Kembali dengan Siri Pengembaraan Serba Baharu!

293

Written by:

AnimasiSemasaTV

Masih ingat lagi kepada siri televisyen ini? Sekiranya ya, anda memang seorang kaki kartun yang sejati.

Siri animasi televisyen terbitan CBBC, Danger Mouse yang pernah popular sekitar tahun 1981 sehingga 1992 buatan United Kingdom ini telah diberi nafas baharu melalui siaran online di Netflix. Treler rasmi kartun yang mengisahkan seekor perisik tikus ala James Bond tersebut dapat anda lihat di sini:

Ia akan menampilkan bakat suara Alexander Armstrong sebagai Danger Mouse, Kevin Eldon sebagai pembantunya Penfold, Stephen Fry as Colonel K dan Dave Lamb sebagai suara pengulas. Manakala Lena Headey akan menyumbang suara sebaga Agen Perisik US Secret Jeopardy Mouse dengan John Oliver memegang watak saintis serigala dan penjahat Doktor Augustus P. Crumhorn III.

Dan bagi menyegarkan kembali memori anda, apa kata kita lihat kembali montaj pembukaan klasiknya di bawah ini:

Danger Mouse akan disiarkan keseluruhan episodnya pada 29 April, 2016.

Last modified: April 26, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *