Nathan Fillion sebagai *SPOILER* dalam sekuel Guardians of the Galaxy!

342

Written by:

AMARAN AWAL: Laporan berita ini berkemungkinan besar ada mengandungi SPOILER!

 

.

.

.

.

.

Sila berundur sekiranya anda tidak mahu laporan ini mengganggu pengalaman anda ketika menonton filem ini kelak. Anda sudah di beri AMARAN KALI TERAKHIR!

.

.

.

.

.

 

Nampaknya pengarah James Gun telah memanggil teman lamanya, Nathan Fillon (Firefly, Serenity) untuk muncul dalam Guardians of the Galaxy Vol. 2 sebagai tidak lain dan tidak bukan, Simon Williams atau lebih dikenali dengan nama Wonder Man!

1508211-acc_3_legion_cps_017

Kalau diikutkan kepada sejarah komik Marvel, beliau bermula sebagai penjahat sebelum insaf dan menyertai Avengers. Setelah beberapa lama, beliau bersara dan berjinak-jinak dalam bidang lakonan yang mana ianya dapat disaksikan melalui foto-foto dari set penggambaran di bawah ini:

SIGaFVwl

v8kaTUcl

Sama ada Nathan Fillon akan benar-benar membuat penampilan sebagai Wonder Man masih menjadi tanda tanya dan belum disahkan oleh pihak produksi dan Marvel Studios. Namun, segalanya mungkin boleh terjadi kerana mereka sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengembangkan Semesta Sinematik Marvel yang sudah pun memasuki Fasa 3.

Berdasarkan kepada video di bawah ini juga, terdapat babak-babak lokasi yang sah akan berkembang di bumi. Sekali lagi, sama ada ianya babak flashback atau masa kini masih belum dapat dipastikan:

Guardians of the Galaxy Vol. 2 akan berada di pawagam seluruh dunia pada 4 Mei, 2017.

Last modified: April 26, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *