Rumah Agam X-Men Sedia Dimiliki Untuk Yang Berminat!

303

Written by:

Sebuah video promosi menarik telah dilancarkan oleh pihak 20th Century Fox yang bekerjasama dengan penaja bersama filem X-Men: Apocalypse yang bergerak sebagai penjual hartanah iaitu Coldwell Banker.

Tiga buah klip video iklan telah dipaparkan. Yang paling menarik adalah sebuah klip yang berjudul “Home of the Week”, di mana dalam klip ini para peminat dijemput menziarahi ke dalam rumah agam milik Profesor X atau lebih dikenali sebagai X-Mansion. Rumah agam ini sudah lama menjadi rumah dan sekolah bagi remaja berpotensi mutan yang dipelopori oleh beliau sendiri dan juga markas X-Men yang menyembunyikan bilik-bilik operasi khas seperti Danger Room, Cerebro Domain dan juga hangar untuk pesawat Blackbird

X-Men: Apocalypse akan berada di pawagam seluruh dunia pada 26 Mei. 2016.

Last modified: April 24, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *