Video Laporan Berita Khas untuk Permulaan Civil War!

310

Written by:

Minggu ini, filem Captain America: Civil War akan mula ditayangkan dan menyaksikan perbalahan antara pasukan Captain Amerika dan pasukan Iron Man.

Ramai yang sudah atau belum tahu apakah punca konflik ini berlaku hingga menyebabkan kerajaan dunia mengeluarkan akta untuk superhero-superhero kesayangan kita semua. Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas, saluran berita WHIH World News telah melaporkan impak yang diterima oleh mereka yang terbabit kepada masyarakat global:

Laporan khas WHIH NewsFront yang diberi nama “The World the Hero Leaves Behind,” memaparkan lakonan Leslie Bibb sebagai Christine Everhart yakni wartawan sama yang pernah muncul dalam Iron Man dan Iron Man 2 bersama Al Madrigal sebagai jurucakap politik, Will Adams. Kedua-duanya membicarakan sebab dan akibat daripada tindak-tanduk Avengers sebelum ini dan adakah sudah sampai masanya mereka perlu bertanggungjawab dan menjawab kepada pihak-pihak yang lebih berkuasa dalam urusan keamanan antarabangsa. Babak-babak dramatik serta tragis dalam filem Captain America: The Winter Soldier dan Avengers: Age of Ultron dipertontonkan di sini demi perspektif lebih luas kepada para penonton.

Captain America: Civil War akan berada di pawagam pada 28 April, 2016.

Last modified: April 24, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *