Remaja Jumpa Dompet Thor Diberi Ganjaran USD$10,000!

460

Written by:

FilemSemasaTV

Kadangkala, superhero juga perlukan bantuan dan pertolongan kita tatkala dalam kesusahan.

Apabila pelakon watak Thor asal Australia, Chris Hemsworth tertinggal dompetnya di dalam sebuah restoran di Los Angeles, seorang remaja berusia 17 tahun datang untuk menyelamatkan dan menyelesaikan masalah beliau.

Bertindak jujur, Budzyn-Baker mencari dan terus mencari pemilik dompet yang tertinggal itu dan terkejut apabila mendapati ia milik bintang popular Avengers serta mengembalikan kepada pemilik tanpa isinya diusik. Chris Hemsworth menceritakan semula dan menyatakan rasa bersyukur beliau tentang kejadian itu kepada hos rancangan The Ellen DeGeneres Show bersama dengan kehadiaran remaja yang tampil sebagai adiwira peribadi beliau:

Sebagai ganjaran, remaja tersebut telah dihadiahkan tiket wayang, wang tunai terus daripada dompet Chris Hemsworth, dompet baharu dan sejumlah USD$10,000 daripada Ellen DeGeneres serta penaja, Shutterfly. Budyzn-Baker yang kebetulan seorang ahli pengakap juga telah mendapat surah sokongan daripada Chris Hemsworth untuk diberikan Anugerah Eagle Scout.

 

Last modified: April 22, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *