Treler Filem Kisah Benar Tentang Pengasas Mcdonald’s Dilancarkan!

1526

Written by:

Menjelang Ogos nanti, kita akan dihidangkan dengan sebuah filem biopik berdasarkan kisa benar pengasas McDonald’s iaitu Ray Kroc.

The Founder yang dibintangi oleh Michael Keaton ini (Batman, Robocop) ini mengisahkan cerita di sebalik kejayaan francais makanan tersohor di dunia iaitu McDonald. Dan pada hari ini kita, buat pertama kalinya kita dapat menonton treler rasminya di sini:

Pada tahun 1950an, Ray Kroc hanyalah seorang jurujual mesih milkshake. Ia kemudian pergi ke California untuk melihat sebuah restoran milik Mac (John Caroll Lynch) dan Dick McDonald (Nick Offerman). Ray Kroc kemudian teruja dengan kepantasan servis McDonald’s atau yang kini lebih dikenali dengan istilah fast food. Maka beliau pun kemudian menjalin kerjasama dengan McDonald’s, namun kerjasama keduanya tidak bertahan lama. Pada akhirnya, Kroc berhasil membeli McDonald’s pada tahun 1961 dan menjadikannya sebuah sejarah dan sukses global.

the-founder-poster

Ianya diarahkan oleh sutradara yang gemar menerbitkan filem berdasarkan kisah benar iaitu John Lee Hancock (The Rookie, The Alamo, The Blind SideSaving Mr. Banks) dan dibarisi oleh pelakon ternama lain seperti Jeremy Renner, Don Handfield, dan Aaron Ryder.

The Founder akan berada di pawagam terpilih seluruh dunia pada 5 Ogos, 2016.

Last modified: April 22, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *