Kelibat The Magnificent Seven Muncul Kembali!

396

Written by:

Filem reboot koboi klasik The Magnificent Seven sudah siap dan sedia untuk ditonton trelernya hari ini.

Ramai bintang-bintang ternama dipilih menjadi peneraju utama filem ini yang menampilkan Denzel Washington (American Gangster, Man of Fire), Chris Pratt (Guardians of the Galaxy, Jurassic World), Ethan Hawke (Total Recall), Vincent D’Onofrio (Run All Night), Peter Sarsgaard (Green Lantern), Lee Byun-hun (Terminator Genesys, G.I Joe) dan ramai lagi. Manakala ianya diarahkan oleh pengarahkan prolifik Antoine Fuqua yang pernah masyhur dengan filem-filem hebat seperti Training Day, The Equalizer dan Southpaw.

Berdasarkan kepada babak-babak yang terkanding dalam treler di bawah ini, kita sudah pun nampak keserasian yang dipamerkan oleh gandingan Denzel Washngton dan Chris Pratt:

Masih lagi belum jelas sama ada filem ini akan berpandukan kepada jalan cerita asal sepertimana filemnya yang terdahulu. Namun, konsepnya amat ketara dan kekal serupa. Rekrut tujuh individu paling berkebolehan pada era kegemilangan koboi dan berikan mereka misi yang merbahaya serta mungkin agak mustahil untuk diselesaikan.

Seandainya anda masih belum dimaklumkan, filem asal arahan John Strugers pada tahun 1960 ini pernah dibintangi oleh Steve McQueen, Yul Brynner, James Coburn, Charles Bronson, Robert Vaughn, Brad Dexter and Eli Wallah. Manakala filem itu pula ada remake kepada filem Seven Samurai arahan Akira Kurosawa pada tahun 1954 yang kini telah menjadi sebuah naskah epik dalam sejarah perfileman dunia.

7-Samurai-01

Seven Samurai (1954)

the-magnificent-seven

The Magnificent Seven (1960)

The Magnificent Seven akan berada di pawagam seluruh dunia pada 23 September, 2016.

Last modified: April 21, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *