Marvel Kembali Bergolak dalam Treler Rasmi Civil War II!

992

Written by:

Menjelang tayangan filem Captain America: Civil War, pihak Marvel Comic nampaknya sedang bersiap-sedia juga untuk melancarkan sekuel dari peristiwa Civil War (2006-2007) pada awal Jun kelak.

Civil War II ini akan menghadirkan plot cerita yang lebih kompleks namun tetap menitik beratkan pada perbezaan pendapat antara dua kubu kuat superhero. Untuk itu pihak Marvel telah mempertontonkan sebuah treler video khas untuk siri mini ini.

s-l1600 (44)

Civil War #1 – #7 (2006 hingga 20017), Marvel Comics

Kisah dalam peristiwa Civil War pertama dulu hasil karya penulis Mark Millar (Kick-Ass, Kingsman) dan Steve McNiven (Old Man Logan, Guardians of the Galaxy) telah dengan rasminya menjadi dasar kepada filem Captain America: Civil War.

Sebuah kisah yang menceritakan keinginan pihak kerajaan Amerika Syarikat untuk memantau pergerakan semua superhero-superhero seluruh dunia. Namun, akta tersebut ditentang oleh sejumlah pihak yang dipimpin oleh Captain America dan satu pihak lagi menyokong dan mendaftar di bawah arahan Iron Man. Kesudahannya mungkin telah diketahui oleh pengikut komik ini iaitu kematian Captain America.

Uniknya dalam peristiwa Civil War II ini, Iron Man pula berada dipihak yang menentang kerajaan. Ianya disokong oleh Black Widow, Deadpool, Captain America (versi Sam Wilson), Hulk, Miss America, Hercules, Black Panther, Luke Cage, Thor (versi Jane Foster), Star-Lord dan Daredevil. Sedangkan dipihak kerajaan dipimpin oleh Captain Marvel, She-Hulk, Ant-Man, Winter Soldier, Hawkeye, Medusa, The Blue Marvel, Captain America (versi Steve Rogers), The Vision, War Machine dan Spider-Man (versi Peter Parker).

Captain America: Civil War akan berada di pawagam seluruh dunia pada 28 April, 2016. Manakala komik Civil War II akan berada di pasaran pada 1 Jun, 2016.

Last modified: April 21, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *