Vin Diesel Menghadirkan Teaser Poster Terbaru Filem Fast 8!

423

Written by:

Francais filem Fast 8 akan memulakan kisah dan era baharunya tidak lama lagi.

Setelah pemergian Paul Walker dalam Fast 7, semuanya tampak pasti akan berubah terutama sekali dalam misi dan visi pasukan tersebut. Oleh itu, Vin Diesel atau pelakon yang memegang peranan sebagai Dominic Toretto telah mendedahkan sebuah poster teaser terbaharu melalui akaun Facebook beliau hari ini:

12993357_10154236572573313_1073374132950191825_n

Dalam poster di atas, ditampilkan watak Dom yang sedang berdiri bersebelahan kereta kesayangan miliknya, Project Maximus Ultra 1968 Dodge Charger sambil merenung jauh ke jalan di hadapannya. Poster ini juga dilengkapi dengan slogan “new roads ahead”. Sebuah ungkapan yang sangat padu dan kemas demi memulakan perjalanan baharu buat francais yang cukup popular sejak tahun 2001 itu.

Namun seperti terdapat kesalahan suntingan untuk poster tersebut yang menyatakan judul Furious 8 dan bukan Fast 8 seperti yang diumumkan sebelum ini.

Setuju?

vin-diesel-confirms-fast-furious-8-9-and-10-on-instagram-104316_1

Untuk lokasi penggambaran filem yang sudah disahkan untuk filem ini adalah di kota New York. Francais Fast and Furious memang terkenal dengan lokasi-lokasi yang eksotik dan mewah serta menjelajah ke seluruh pelusuk dunia. Dimulai dengan aksi filem pertama yang berlokasi di Los Angeles, kemudian beraksi hingga ke Miami, Tokyo, Rio de Janeiro (Brazil) dan Abu Dhabi (Emiriyah Arab Bersatu). Fast 8 juga akan melakukan penggambaran di beberapa lokasi selain New York. Universal Pictures sedang merancang untuk ke Cuba dan beberapa kepulauan Carribean yang lain. Selain itu, mereka juga dikhabarkan akan ke Rusia dan Iceland.

Fast 8 akan berada di pawagam seluruh dunia pada 13 April, 2017.

Last modified: April 20, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *