Green Goblin Insaf dan Masuk Justice League Tahun Depan

800

Written by:

Willem Defoe hari ini dengan rasminya bersetuju untuk berada dalam filem Justice League: Part One arahan Zack Snyder tahun hadapan.

Seperti biasa, sebarang perincian mahupun makluman tentang berita terbaru ini masih lagi belum dapat didedahkan kepada khalayak ramai. Untuk yang sudah meneka bahawa beliau akan memainkan watak seorang penjahat lagi seperti mana Norman Osborn atau Green Goblin dalam Spider-Man (2002), anda ternyata silap.

Green-Goblin

Satu sumber melaporkan yang beliau akan memegang peranan sebagai watak orang baik dan akan muncul dalam kedua-dua filem Justice League: Part One (2017) dan Justice League: Part Two (2018). Menurut firasat anda, adakah beliau akan hanya menjadi pelakon pembantu, pelakon bukan superhero sepertimana J.K Simmons yang telah pun memegang watak Pesuruhjaya Gordon bandaraya Gotham atau mungkin juga seorang superhero?

Namun apa yang pasti dan agak menarik di sini adalah kedua-dua pelakon di atas, Willem Defoe dan J.K Simmons pernah berlakon bersama dalam filem Spider-Man sebelum ini di bawah arahan Sam Raimi.

J.-K.-Simmons-Discusses-Petition-for-Him-to-Return-as-J.-Jonah-Jameson-in-Spider-Man-Reboot

Justice League: Part One akan berada di pawagam seluruh dunia pada 16 November, 2017. Manakala filem Justice League: Part Two akan menemui kita pada 13 Jun, 2018.

Last modified: April 20, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *