Filem Baharu Daisy Ridley Selepas The Force Awakens

344

Written by:

Ada sumber melaporkan hari ini bahawa Daisy Ridley dan J.J Abrams bakal bekerjasama semula dalam satu filem baharu berjudul Kolma.

Ianya berdasarkan sebuah siri televisyen popular berjudul All I’ve Got yang mengisahkan seorang wanita berusia yang mengalami pengalaman tragik ketika hidupnya dan berhadapan persimpangan ketika dalam perjalanan menuju ke alam barzakh. Filem ini dikhabarkan memiliki saduran cerita The Notebook dan Defending Your Life.

Pelakon yang memegang watak Rey dalam Star Wars: The Force Awakens itu akan menjadi teraju utama manakala J.J Abrams akan menerbitkannya dan Marielle Heller dikatakan akan mengarahkannya.

lckzlyhdkmufujusglcj

Ini merupakan filem pertama Daisy Ridley selepas Star Wars dan dikatakan semakin mendapat perhatian dan tawaran yang banyak. Yang paling terkini adalah tawaran untuk menjadi Lara Croft yang baharu untuk filem reboot Tomb Raider.

Last modified: April 19, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *