Alfred Bukan Orang Gaji Dalam ‘Batman v Superman: Dawn of Justice’ Tetapi …

366

Written by:

2mwcvx0

“That’s how it starts. The fever, the rage, the feeling of powerlessness that turns good men… cruel.” – Alfred Pennyworth

Banyak khabar angin dan sumber maklumat telah diperolehi sejak beberapa hari yang lalu mengenai filem Batman v Superman Dawn of Justice. Namun yang paling menarik perhatian adalah peranan Jeremy Iron sebagai Alfred Pennyworth dalam filem tersebut. Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, dia bukan lagi pembantu rumah atau orang gaji kepada keluarga Wayne. Tetapi kali ini adalah sebagai pengawal peribadi yang cukup berpengalaman semasa hayat Thomas dan Martha Wayne. Apabila mereka telah meninggal dunia, Bruce Wayne telah membuang semua pekerja yang berkhidmat di rumah agam mereka dan hanya Alfred yang kekal di situ sebagai penjaga Bruce Wayne menggantikan tempat ibu dan bapanya.

Kini, Bruce Wayne telah dewasa. Alfred telah dinaikkan pangkat menjadi Ketua Kawalan Keselamatan dan tinggal di rumah agam keluarga Wayne. Dia juga dilaporkan pernah menjadi seorang pegawai elit SAS DiRaja Britain dengan kemahiran ketenteraan yang luarbiasa.

Untuk peminat setia dan pembaca komik tegar Batman, ini merupakan rujukan dan adaptasi tidak langsung kepada novel grafik Batman: Earth One oleh Geoff Johns (Penulis) dan Gary Frank (Pelukis). Pengalaman lampau Alfred dalam penyeliaan aset senjata, pengumpulan pintar data dan maklumat sulit, perubatan dan juga kemahiran mengendalikan pesawat udara sedikit sebanyak membantu Batman dalam misinya di bandar Gotham.

2449382-bme1.1

2449413-dsc00148

2449423-dsc00152

Last modified: February 19, 2016

One Response to " Alfred Bukan Orang Gaji Dalam ‘Batman v Superman: Dawn of Justice’ Tetapi … "

  1. indiegukomik says:

    Alfred juga adalah seorang mastermind…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *