Jason Bourne Bakal Kembali dengan Aksi Lebih Padu!

305

Written by:

Dua buah klip video teaser yang masing-masing berdurasi 0:06 saat telah dilancarkan oleh Universal Pictures untuk promo terbaru film Jason Bourne yang kelima.

Ia memperlihatkan teraju utama filem ini iaitu Jason Bourne kembali beraksi dengan tagline “you know his name”. Filem yang hanya menggunakan judul Jason Bourne tersebut akan melanarkan treler rasmi sulungnya pada hari Khamis ini. Sementara itu, para peminat dan pengikut francais filem ini telah dihidangkan dengan dua klip video pendek ini yang terdapat di YouTube dan akun Twitter rasmi Jason Bourne.

Ia diarahkan oleh Paul Greengrass yang sebelum ini pernah menerajui arahan filem The Bourne Supremacy dan The Bourne Ultimatum. Turut membintangi filem ini selain Matt Damon adalah Tommy Lee Jones (The Fugitive), Alicia Vikander (The Man From U.N.C.L.E.) dan Julia Stiles (Bourne Identity) dan Vincent Cassel (Ocean’s Twelve).

Jason Bourne akan berada di pawagam seluruh dunia pada 28 Julai, 2016.

Last modified: April 19, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *