Spider-Man Baharu Sudah Ada Kawan (dan Musuh) Baharu!

1033

Written by:

Sony Pictures dan Marvel Studios dengan rasminya telah menambahkan dua orang teraju utama untuk Spiderman: Homecoming sebentar tadi.

spidey_cast

Mereka adalah Laura Harrier (One Life to Live) dan Tony Revolori (The Grand Budapest Hotel) tetapi watak yang bakal dilakonkan oleh kedua-dua bintang baru ini masih lagi menjadi tanda tanya. Namun begitu, khabar angin yang bertiup mengatakan bahawa Tony Revolori akan menjadi musuh kepada Peter Parker di sekolah tetapi bukan musuh kepada Spider-Man.

Minggu lalu, kencang kedengaran laporan tentang pemilihan Michael Keaton (Batman, Birdman) sebagai musuh utama Spider-Man. Ramai yang membuat andaian bahawa beliau bakal memegang watak sebagai The Vulture. Tiada sebab yang kukuh untuk teori ini tetapi mungkin kerana persembahan beliau sebagai Birdman sedikit-sebanyak mempunyai kaitan (?)

KeatonWings1

Dalam kenyataannya di CinemaCon baru-baru ini, Tom Holland yang memegang watak utama sebagai Peter parker mengatakan bahawa filem ini akan benar-benar menjadi “homecoming” kerana di dalam kisah kali ini, Peter Parker akan dihadapkan beberapa permasalahan yang cukup rumit di mana beliau harus menemukan jati dirinya dan tempatnya di dunia bersama dengan superhero-superhero lain yang sedia ada.

Spider-Man: Homecoming akan berada di pawagam seluruh dunia pada 6 Julai, 2017. Manakala, Captain America: Civil War yang menampilkan kemunculan sulung beliau ke dalam Marvel Cinematic Universe akan berada di pawagam pada 28 April, 2016.

Last modified: April 18, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *