Foto-foto Terbaru Ghostbusters Sedia Berkhidmat dan Beraksi!

842

Written by:

Dua foto terbaru yang menampilkan keempat-empat teraju utama untuk filem reboot Ghostbusters telah didedahkan oleh pihak Sony Pictures menerusi Entertainment Weekly.

Di dalam foto, mereka kelihatan sedang menembak “sesuatu” dengan senjata proton mereka. Foto tersebut nampaknya mengambil lokasi di sebuah pentas konsert. Manakala satu lagi foto memaparkan mereka sedang berjalan dengan penuh gaya bersebelahan trak bomba yang sudah tumbang!

Ghostbusters-Characters-Proton-Wands-Action

haunting-ew-0-ghostbusters_612x380
Film ini dibintangi Kristen Wiig (The Martian) sebagai Erin Gilbert, Melissa McCarthy (Spy) sebagai Abby Yates, Kate McKinnon (My Best Day) sebagai Jillian Holtzman, Leslie Jones (Trainwreck) sebagai Patty Tolman, Andy Garcia (The Godfather: Part III), Michael K. Williams (RoboCop), Matt Walsh (Into the Storm), Neil Casey (Adult Beginners) dan Chris Hemsworth (Thor) serta diarahkan oleh Paul Feig (Spy). Pelakon asal filem ini seperti Bill Murray, Ernie Hudson, Annie Potts serta Dan Aykroyd dikatakan akan membuat kemunculan khas.

Pengarah Paul Feig mendedahkan baru-baru ini bahawa beliau sangat suka dan senang mengarahkan filem ini dan mahu membawa francais terkenal ini kepada generasi baru dengan memberikan nafas segar kepada pasukan Ghostbusters yang baru.

Filem ini merupakan reboot Ghostbusters yang asalnya ditayangkan pada tahun 1984. Ia mengisahkan tentang tiga saintis bernama Peter Venkman (Bill Murray), Raymond Stantz (Dan Aykroyd) dan Egon Spengler (Harold Ramis) yang diberhentikan dari tempat kerja mereka di Universiti Columbia, beberapa saat setelah mereka melihat hantu secara langsung. Untuk menyokong penelitian paranormal mereka tanpa sokongan pihak universiti, trio ini kemudian menyediakan perkhidmatan membasmi dan pengusir hantu. Menggelarkan diri mereka ‘Ghostbusters’, mereka mendirikan markas di sebuah bangunan lama Balai Bomba.

ghostbusters-1984-harold-ramis-dan-aykroyd-bill-murray-ernie-hudson-e1446269406109

Ghostbuster akan berada di pawagam seluruh dunia pada 14 Julai, 2016

Last modified: April 18, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *