Trailer Baru TMNT 2 Memperlihatkan Watak Krang

282

Written by:

Bersempena dengan Superbowl 2, beberapa trailer filem baru telah dipertontonkan, termasuk salah satunya adalah daripada filem akan datang – Teenage Mutant Ninja Turtles 2. Filem hasil tangan Michael Bay ini masih mengekalkan elemen-elemen aksi yang kadang-kala agak melampau, dan pada masa yang sama elemen seksi yang kadang-kala boleh dikatakan agak meloyakan.

Melalui trailer kedua filem Teenage Mutant Ninja Turtles 2 ini, salah satu perkara yang ditonjolkan adalah watak Krang. Bagi yang tidak mengenali akan watak tersebut, Krang adalah salah satu penjahat popular dalam siri Teenage Mutant Ninja Turtles. Krang pada filem ini telah diberikan nafas baru yang tampak lebih gah berbanding pada kartun TMNT.

Filem Teenage Mutant Ninja Turtles 2 ini akan ditayangkan pada bulan Jun 2016 kelak, dan mungkin penerbitnya akan hadir dengan beberapa teaser lagi dalam bulan-bulan akan datang.

Last modified: February 10, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *