Azrael Akhirnya Kembali Ke Bandar Gotham!

400

Written by:

 

Azrael akan muncul kembali ke bandar Gotham. Sebelum ini, ramai peminat telah meramalkan kematiannya dalam Musim Kedua siri televisyen Gotham baru-baru ini. Kini, watak Theo Galavan atau lebih dikenali dengan nama Azrael telah kembali dan dia tidak akan menemui ajal lama dan semudah yang disangka.

12713912_10153376537880222_1821776762_n

Untuk peminat setia komik Batman, Azrael pernah menggantikan Bruce Wayne/Batman sebagai pelindung bandar Gotham apabila Bane telah melumpuhkan Batman dalam siri komik Knightfall. Beberapa peminat telah memuatnaik foto melalui Instagram di set penggambaran. Dan daripada apa yang telah dilihat: Kostum Azrael tampak lebih hebat daripada yang ada dalam komik!

12721699_10153376537530222_1404706781_n

Last modified: February 18, 2016

One Response to " Azrael Akhirnya Kembali Ke Bandar Gotham! "

  1. ferdy says:

    macam assasin’s creed jer costume dia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *