Sekuel Avatar Akan Berkesudahan Hingga 2023!

324

Written by:

Ini ada berita baik untuk peminat filem Avatar. Pengarah James Cameron akan menghadirkan bukan satu, bukan dua dan bukan tiga tetapi EMPAT sekuel film ini dalam tempoh tujuh tahun ke depan!

avatar-james-cameron-gallery-image

Melalui acara CinemaCon hari ini, beliau telah mengumumkan bahawa francais filem ini akan dikembangkan lagi premis dan plot ceritanya buat para penonton. Sebelum pengumuman ini dibuat, beberapa bulan lalu terdapat khabar angin yang bertiup kencang menyatakan pengarah tersebut hanya akan membuat tiga sekuel sahaja. Namun, ianya tampak lebih menarik apabila kenyataan media ini dikeluarkan beliau malam tadi:

“So far, what I am seeing in pure imagination is far beyond the first film. We have decided to embark on a truly massive cinematic project, making four epic films, each of which stands alone but together forms a complete saga..”

avatar-big-pic

James Cameron sendiri telah mendedahkan concept art untuk sekuel Avatar tersebut kepada beberapa individu terpilih dalam penerbitan dan krew produksi. Mereka ternyata kagum dan bersemangat untuk memulakan penggambaran secepat mungkin. Malah beliau menambah:

“Trust me, these are films that were designed to be seen in theaters and on the big screen first.”

Sebagai penyegar ingatan, Avatar telah ditayangkan pada tahun 2009 dan dibintangi oleh Sam Worthington, Zoe Saldana, Sigourney Weaver, Michelle Rodriguez dan Stephen Lang. Filem ini menceritakan tentang Jake Sully (Sam Worthington) seorang mantan Marin Amerika Syarikat yang lumpuh kedua kakinya. Ia kemudian terpilih untuk terlibat dalam program Avatar untuk menggantikan kembarnya yang meninggal dunia. Projek ini memungkinkan beliau berjalan kembali. Jake kemudian dikirim menuju ke Pandora: Sebuah Planet yang dihuni oleh makhluk bernama Na’vi. Makhluk ini mirip manusia, berkulit biru menyala dengan kehidupan primitif.

avatar_james_cameron_on_set

Avatar merupakan pemegang rekod pecah panggung sepanjang zaman sehingga kini dengan jumlah kutipan kasar hampir USD$2.78 bilion (RM10.49 bilion)!

Avatar 2 akan berada di pawagam pada 25 Disember, 2018; Avatar 3 pada hari 25 Disember, 2020; Avatar 4 pada 25 Disember, 2022 dan Avatar 5 pada 25 Disember, 2023.

Last modified: April 15, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *