Filem Terbaru Shah Rukh Khan vs Shah Rukh Khan!

820

Written by:

Bintang ternama dan paling popular Bollywood, Shah Rukh Khan hari ini muncul dengan filem terbarunya berjudul Fan.

Ia mengisahkan seorang lelaki bernama Gaurav yang begitu fanatik dan obses dengan pelakon filem kegemarannya, Aryan Khanna. Namun apabila beliau mempunyai peluang dan kesempatan untuk bersua muka dengannya, sesuatu yang di luar jangkaan telah berlaku dan bermula konflik yang dahsyat di antara mereka berdua.

Mungkin ada yang tahu. Mungkin ada yang tidak tahu. Namun konsep cerita filem ini sebenarnya diinspirasikan dari sebuah filem Hollywood 20 tahun yang lalu dengan nama yang sama. Ianya diarahkan oleh Tony Scott (adik Ridley Scott) dan dilakonkan oleh Robert DeNiro dan Wesley Snipes.

Cuma dalam filem tersebut, ia adalah mengenai obsesi seorang peminat kepada pemain besbol dan ayam tambatan pasukan San Francisco Giants. Manakala filem versi Shah Rukh Khan pula merupakan obesesi seorang peminat kepada bintang filem.

The Fan

Namun perkara yang paling menarik tentang filem ini adalah kemampuan Shah Rukh Khan melakonkan kedua-dua peranan sebagai teraju utama, terutama sekali watak peminat bernama Gaurav itu. Ada kemungkinan besar bantuan solekan prostetik dan saduran imejan janaan komputer (CGI) telah dikenakan pada pelakon itu untuk menampakkan raut wajah yang lebih muda. Walaupun kita sedar yang Shah Rukh Khan sebenarnya mampu melakukannya tanpa atau dengan solekan dan CGI sekalipun!

Last modified: April 15, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *