Logo Baharu Power Rangers Akhirnya Didedahkan!

309

Written by:

FilemSemasaTV

Itu dia. Power Rangers kini dengan rasminya telah kembali!

Seperti yang anda lihat di sini, logo rasmi untuk filem reboot berdasarkan siri televisyen kegemaran ramai era 90an baru sahaja didedahkan di CinemaCon sebentar tadi. Filem yang sedang dalam proses penggambaran di Vancouver dan beberapa lokasi strategik seluruh Amerika Syarikat ini dikatakan akan mengembalikan zaman kegemilangan mereka dengan intipati cerita yang lebih padu dan pelan jangka masa panjang yang lebih mengujakan.

PR_PP_00706_R.JPG

Filem terbitan Lionsgate dan Saban Entertainment ini akan dibintangi oleh Dacre Montgomery, Naomi Scott, Ludi Lin, RJ Cyler dan Becky Gomez sebagai lima teraju utama adiwira tersebut dengan Elizabeth Banks memegang peranan sebagai penjahatnya, Rita Repulsa.

Power Rangers akan berada di pawagam seluruh dunia pada 23 Mac, 2017.

Last modified: April 15, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *