Filem Baharu Spider-Man Sudah Ada Judul Rasmi dan Muktamad!

304

Written by:

Mohon maaf. Bukan Spectacular Spider-Man atau Ultimate Spider-Man seperti yang dijangka ramai.

Maklumat dan sumber tentang pemilikan beberapa laman sesawang yang kami dapati minggu lalu tentang filem reboot Spider-Man ini mungkin telah sedikit sebanyak memberi bayangan tentang judul rasmi filem tersebut. Namun baharu sebentar tadi, Sony Pictures dan Marvel Studios telah mengumumkan judul filem tersebut secara rasmi.

Ianya adalah Spider-Man: Homecoming!

Pengumuman judul ini akan dibuat secara rasmi dan tertutup malam ini semasa acara CinemaCon di Las Vegas, Amerika Syarikat. Dengar khabar, pembentangan itu juga akan menampilkan bintang utamanya yang memegang watak Peter Parker/Spider-Man iaitu Tom Holland. Lebih menarik, mereka akan menayangkan satu babak daripada filem Captain America: Civil War dalam acara ini yang memaparkan Tony Stark bertemu Peter Parker di rumah Aunt May.

marvel-civil-war-spider-man-1280x674

Menarik, bukan? Seperti biasa, sila kemukakan pandangan dan pendapat anda tentang perkembangan terbaharu ini di ruangan komen di bawah.

Spider-Man: Homecoming akan berada di pawagam seluruh dunia pada 6 Julai, 2017

 

Last modified: April 13, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *